Wednesday, 11 May 2011

sudah terang lagi bersuluh

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

~KIta bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg berdusta ” Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

~Kita bertanya: Kenapa aku tidak dpt apa yg aku idam-idamkan?

Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pulak kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 216.

~Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

~Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?

Quran menjawab, ” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” Surah Ali Imran, ayat 139.

~Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, ” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bg org2 yg khuysuk” Surah al-Baqarah, ayat 45.

~Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab, ” Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal.” Surah at-Taubah, ayat 129.

~Kita bertanya: Apa yg aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, ” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada org2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah, ayat 111.

~Kita bertanya: Aku tak tahan!

Quran menjawab, ” ….dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf, ayat 12.

~Kita bertanya: Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab, ” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

PISANG & HATI

Meriam, guru kelas tadika menganjurkan 1 permainan yg sungguh menarik utk murid2nya. stiap murid diminta membawa beg plastik yg berisi pisang yg ter2lis nama org yg paling mereka benci ke kelas pd esok hari. Jadi, jumlah pisang yg perlu dibawa bergantung kpd jumlah org yg dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang m...asing2. Ada yg membawa 3 biji, ada juga 5 biji, dan paling banyak 8 bijik. Semuanya sudah ditulis nama org yg paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jgn lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Ini lah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya", beritahu cikgu Meriam.

Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak2 itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lg kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yg menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi2 lg murid2 Meriam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lg beban dan bau busuk yg perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya cikgu Meriam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu." beritahu Cikgu Meriam.

Meriam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh2 perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi adalah lebih baik daripada membenci..!!!

KALO LELAKI KATE :: . . .

1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
   Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
   Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

3.Kalau lelaki kata:  kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je. 
   Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak    dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td.
   Maknanya: ye,memang kami tdo pon.

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, kay?
   Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
   Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene                lawa.

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
   Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.

8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
   Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
   Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel        ble mrajok.kihkihkih

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
    Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi     pnye.nk jage standard la kate kan.

*copy je nih.. jgn mrh.. huhu ^^

PILIHAN DI TANGAN KITA !!

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
...
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

~ renungan buat dri n sume.. insyaAllah sme2 jum prbaiki dri jd lbeh bek.. insyaAllah..
   wallahu'alam.. :) ~

JANGAN BERSEDIH

JANGAN BERSEDIH . . . .
  •  sekiranya anda hidup miskin, betapapun masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang!
  • ~ kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung.

  •  ~ kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai orang selain anda yang mungkin telah bertahun-tahun terbaring di atas katil.

  •  ~ kerana anda kehilangan seorang anak, sebab masih ada orang lain yang telah kehilangan beberapa anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.

  • ~ kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari qiamat dan qadha’ serta qadar yang baik dan yang buruk! Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari qiamat, serta tidak mempercayai qadha’ dan qadar.

  • ~ Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah-ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima. 

  • ~ kerana (dengan izin Allah) anda sendirilah yang menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda (qiyamullail).